Followers

Wednesday 21 May 2014

PERMIT TAK LAKU ???

Sebelum jadi begini lebih baik dapatkan khidmat dari AGEN yang sah dan diakui kredibilitinya.

22/05/2014 Source: Harian Metro

Kuala Lumpur: Seorang wanita dan juga majikan kini bimbang keselamatannya diancam selepas dia diperdaya seorang ejen membabitkan kerugian sebanyak RM156,000 dalam urusan membuat permit kerja untuk pekerjanya yang terdiri daripada warga asing yang mahu bekerja di negara ini.

Khairunnisa Abdullah, 56, berkata, dia membuat sebanyak 73 Permit Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (Permit 6P) untuk pekerjanya pada Julai tahun lalu melalui seorang ejen yang mendakwa dari Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Namun, masalah mula timbul apabila dua daripada pekerja saya ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen di Ipoh selepas mendapati permit yang dikeluarkan ejen itu tidak sah dan tidak diiktiraf,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini, semalam.

FotoKHAIRUNNISA menunjukkan laporan polis yang dibuat berikutan diancam pekerja.

Beliau berkata, dia kemudian pergi membuat semakan ke Pejabat Imigresen di Putrajaya, namun mendapati semua permit yang dipohonnya itu tiada dalam sistem pihak Jabatan Imigresen.

"Saya pergi ke KDn Putrajaya pula dan terkejut apabila mendapati hanya 41 pasport milik pekerja saya yang dimasukkan dalam sistem pejabat berkenaan, tetapi tidak dihantar ke Jabatan Imigresen untuk proses membuat permit kerja", katanya. 

Menurutnya, pihaknya berasa teraniaya apabila tiada status sebenar tehadap permohonan permit yang dipohon, malah tiada pihak yang ingin bertanggungjawab terhadap masalah dihadapinya itu. 

~Admin: Sunway_Andaraya (M) Sdn Bhd~

No comments:

Post a Comment